nasib baik

Posted: Sunday, January 9, 2011 by nsmujahidahnmnor in Labels: , ,
2



manusia..
kadang up kadang down..
kadang semangat..
kadang teruji semangatnya..
buat dia rasa seperti mahu hilang dari yang lain
mahu pergi seketika tuk menenangkan

tapi,
jangan pergi lama-lama
jangan berhenti lama-lama

kelak,
dia yang tercipta dari api itu.
kan bergembira..
bersorak..
kerna kita yang menyerah kalah
kerna kita yang berhenti dari melakukan tugas kita

K : nak stop..nak stop..nak stop!
M : (terpinga2)..knapa ni?
K : semua yang bersama saya, tidak lagi bersama saya.
     (sebak..lalu mengalir dari 2 matanya jernihan air)
M tidak tenang dan terus menegur melalui maya. mungkin dia sangat pasti K tak akan terus bercerita dalam keadaan begitu.

apa yang sebenarnya berlaku?

K mahu berhenti seketika kerna merasakan dirinya punca mutarabbinya menjauhkan diri dari sistem tarbiyah. K bimbang hati kotornya, dosa2nya, hitam hatinya mempengaruhi mutarabbinya yang kian hari kian menyepi, kian hari kian jauh. K memikirkan hal itu setiap hari..setiap ketika..sehingga hari ini terlepas jua ke mulut ahli rumahnya.

M mengingatkan..itu mungkin mainan syaitan..yang mula membisikkan..

K kembali teringat. minggu lalu..
diberi taklifat untuk membentangkan tentang ikhlas..

"syaitan akan bergembira apabila kita meninggalkan sesuatu amalan yang baik. walaupun pada awalnya niat kita adalah salah, mungkin awalnya kita riya', tapi, kita punya masa untuk mengubah niat, dan seterusnya tetap melakukan amalan baik itu"

"syaitan sengaja membisikkan pada telinga kita, agar kita merasakan yang kita ini hipokrit dengan amalan2 kita, menjadikan kita rasa bersalah melakukan amalan baik, menjadikan kita rasa takut untuk hilang keseronokan dunia"

itu dia SYAITANURRAJIM!!

K kembali beristighfar...thanks to M
astaghfirullahaladzim..
itu baru seminggu kata2 yang keluar dari bibirku. nah! diuji terusss!!
sejauh mana kata2 selari dengan amalan!

K kembali.. kembali pada tujuan kehidupannya..
kembali mengumpul semangat
menyusun strategi bersama ahli usrahnya..
dimana harus dimulakan..bagaimana?

semangat baru yang disedut bersama..
dek kerana merasakan yang aku bukan seorang di dunia ini untuk menghadapi liku2 dalam tarbiyah ini.

ingatlah.. Allah sentiasa memilih orang2 yang dikehendakiNya untuk Dia masukkan kedalam lapisan2 syurgaNya. Allah sentiasa meneliti hambaNya yang manakah yang paling dekat padaNya

marilah kita kembali..kembali menuju jalanNya. usah berhenti berehat terlalu lama..bimbang kau terus terpana dengan dunia yang sementara ini..

seakan menyedari inilah ilham dari Ilahi...






Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar) dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
(Ali imran : 140 )

2 comments:

  1. Anonymous says:

    Go go k!

    Macho

  1. deqah says:

    dah tenang skit..