hararatul iman (kehangatan iman)

Posted: Saturday, October 15, 2011 by nsmujahidahnmnor in
1




nah..baca dulu kisah huzaifah ini.. tajuk ini memang berkisarkan tentang keimanan beliau yang mesti dicontohi. ;)

terbaekkk lah!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Huzaifah pengintip yang pintar


SEMASA Perang Khandak, tentera-tentera Islam terpaksa menghadapi serangan musuh yang ramai. Sementara tentera Islam menghadapi serangan kaum Musyrikin Mekah. Mereka juga terpaksa menghadapi ancaman daripada kaum Yahudi daripada Bani Quraizah di Madinah. 

Tentera-tentera Islam sudah keluar dari bandar Madinah bagi mempertahankan kota itu. Ahli keluarga mereka terpaksa ditinggalkan bersendirian tanpa ketua keluarga.

Ini menyebabkan sebilangan daripada tentera-tentera Islam takut dan bimbang ahli keluarga mereka di apa-apakan oleh Bani Quraizah.

"Wahai Nabi Muhammad, saya rasa tidak sedap hati. Isteri dan anak-anak saya tinggal seorang diri di rumah. Saya takut Bani Quraizah membunuh ahli keluarga saya. Saya mahu pulang ke rumah," kata salah seorang tentera Islam yang menyertai perang Khandak itu.

Nabi Muhammad tidak menghalang dan berkata: "Pergilah kamu pulang ke rumah."

Seorang demi seorang meminta izin daripada Nabi Muhammad pulang ke rumah. Mereka khuatir keluarga mereka diancam oleh Bani Quraizah yang berada di Kota Madinah.

Pada malam itu, tentera yang lemah semangat pulang ke rumah. Keadaan malam gelap gelita. Angin bertiup kencang. Kini hanya tinggal cuma tiga ratus orang tentera Islam di tempat perkubuan mereka.

Pada malam itu, Nabi Muhammad pergi menziarahi setiap khemah tentera Islam bertanyakan khabar masing-masing.

Nabi Muhammad sampai di khemah Huzaifah. Huzaifah pada ketika itu tidak mempunyai pakaian dan senjata dan hanya mempunyai sehelai cadar milik isterinya yang dibawa bersama dalam perang Khandak itu. Cadar itulah yang digunakannya menutupi sebahagian badannya.

Semasa Nabi Muhammad berada di hadapannya, beliau masih berada dalam keadaan berlutut di lantai khemah. Lalu Nabi Muhammad bertanya: "Siapakah kamu?"

Huzaifah menjawab: "Saya ialah Huzaifah. Maafkan saya kerana tidak dapat berdiri melihat Nabi Muhammad kerana badan saya menggigil kesejukan dan saya malu kerana badan saya tidak berpakaian lengkap."

Nabi Muhammad berkata: "Bangun Huzaifah. Kamu perlu pergi ke khemah musuh. Kemudian kamu pulang dan beritahu saya berita mengenai pihak musuh."

Sebelum Huzaifah berangkat ke khemah musuh, Nabi Muhammad sempat berpesan: "Selepas kamu melihat apa yang dilakukan oleh pihak musuh, cepat-cepat kamu pulang ke khemah kita. Jangan kamu buat tindakan sendiri."

"Baiklah," jawab Huzaifah.

Selepas mendapat arahan itu, Huzaifah bangun dan terus menuju ke khemah musuh. Pada ketika itu Huzaifah tidak mempunyai kelengkapan senjata dan tidak berpakaian lengkap.

Semasa Huzaifah mahu pergi ke khemah musuh, Huzaifah terdengar Nabi Muhammad mendoakan keselamatannya. Selepas Nabi Muhammad berdoa, Huzaifah menjadi berani dan kesejukan badannya hilang serta merta.

Huzaifah mempercepatkan langkahnya menuju ke khemah musuh. Sampai sahaja di tempat musuh, beliau melihat tentera musuh sibuk memanaskan badan masing-masing kerana kesejukan malam. Tentera musuh mengelilingi unggun api.

Pada malam itu, angin bertiup kencang. Terdengar tentera musuh menjerit memberitahu "Lari..., lari..." Masing-masing di antara musuh itu berkemas dan mahu pulang.

Angin kencang menyebabkan batu-batu berterbangan dan binatang yang mereka bawa juga mati akibat terkena batu-batu itu. Khemah mereka juga turut musnah.

Pada masa itu juga, Huzaifah ternampak ketua panglima perang pihak musuh, iaitu Abu Sufian. Beliau asyik memanaskan dirinya bersebelahan unggun api.

"Ini peluang saya menghapuskan Abu Sufian," kata Huzaifah sambil tangannya memegang anak panah bagi memanah Abu Sufian.

Sedang Huzaifah menarik anak panah itu, Huzaifah teringat pesanan Nabi Muhammad tadi. Beliau tidak harus bertindak sesuka hati. Tiba-tiba, pihak musuh mengetahui bahawa ada penceroboh masuk ke kawasan khemah mereka. Pihak musuh berjaga-jaga selepas mendapat tahu ada pengintip datang ke tempat mereka.

Mereka diarahkan supaya memegang tangan orang di sebelah mereka bagi mengetahui siapakah sebenarnya pengintip itu. Pada ketika itu Huzaifah mendapat satu idea. Beliau segera memegang tangan musuh itu. Kemudian Huzaifah berkata kepada orang di sebelahnya: "Siapakah kamu?"

Musuh di sebelahnya menjawab: "Kamu tidak kenal kami berduakah? Kami berdua ini satu kumpulan dengan kamu juga." Huzaifah terselamat daripada diketahui oleh musuh bahawa beliau sebenarnya adalah pengintip.

Selepas itu, Huzaifah segera pulang ke khemah tentera Islam. Semasa dalam perjalanan pulang, Huzaifah terserempak dengan 20 orang. Semua memakai serban.

Mereka berkata kepada Huzaifah: "Sampaikan berita kepada Nabi Muhammad bahawa Allah membantu kamu semua mengatasi musuh. Kamu semua tidak perlu risau lagi dengan serangan musuh itu."

Huzaifah segera mendapatkan Nabi Muhammad di khemahnya. Sampai sahaja di khemah, Huzaifah melihat Nabi Muhammad bersembahyang. Ada selempang kecil menutupi sebahagian badannya.

Selesai Nabi Muhammad sembahyang, Huzaifah segera membuat laporan yang dilihatnya dari pihak musuh. Huzaifah juga menceritakan detik-detik cemas apabila pihak musuh mengetahui bahawa ada penceroboh mengintip kegiatan mereka.

Nabi Muhammad tersenyum lebar mendengar cerita Huzaifah. Selepas habis bercerita, Nabi Muhammad menyuruh Huzaifah baring bersebelahannya.

Inilah ketaatan Huzaifah kepada Nabi Muhammad. Segala arahan yang disuruh oleh Nabi Muhammad diikutinya tanpa bantahan. Oleh yang demikian kita juga seharusnya taat kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad. 

------------------------------------------------------------------



lihatlah betapa iman huzaifah mampu menukarkan kesejukan yg menggigil2 kepada kepanasan yang membara. hilang seketika fokusnya pada badan agar dibungkus ditutup litup dek kerana ingin menunaikan arahan dari baginda Rasulullah saw..

dengan tidak berbekalkan apa2 senjata. tidak menyarung beberapa lapis lagi pakaian..dan dengan penuh keberanian bak singa yang sedang kelaparan.. beliau pergi ke khemah lawan..masuk ke dalam syura abu sufian..dihidu! tapi, bijak menyelesaikan masalah ketika itu..

mashaAllah..

lihatlah huzaifah... dek kehangatannnn imannya..segala rasa dilupekan.. dek berimannya dia pada doa baginda, beliau terus optimis dengan Allah dan RasulNya..

bagaimana kita??

mampukah iman kita sehangat itu? menolak keinginan diri, dan menyahut seruan Allah swt.. seruan Rasulullah swt..

sahabatku..ikhwah dan akhawat sekalian...

infiruuuuuuu~.. infiruuu khifafan wa thiqolan! (berangkatlah kamuuu dalam ringan mahupun berat)

Dia yang menilai kita..usaha kita..maka, lakukanlah!!apa shj! demi kasihNya..demi redhaNya..

selamat meneruskan tarbiyyah dan dakwah di hati setiap insan...

hararatul iman menggerak tubuh menuju Dia Yang Maha Satu..
hararatul iman..
hararatul iman...



p/s: td melihat gmbr PM dan timb PM palestine... mashaAllah... andai suatu hari nnt, kita dipimpin oleh mujahid mujahidah begitu..alangkah indahnya dunia ini...ameeen ya Rabb..ameen..


MARI HANGATKAN IMAN!!!




ape yg berlaku masa pakcik tu cite kesah ni??? semorang di dalam dewan sedang kesejukan.ada yg dah mula bersin2 .. ada yang mula selsema.. masing2 cubaa memanaskan diri masing2..
dengan kisah ini, kami semua cuba menghangatkan iman kami..biar sejuk..biar beku.. kami masih mendengar taujihat oleh 3 mujahid2 di hadapan kami! Allahuakbar! moga Islam kan tertegak di bumi ini dengan usaha2 mujahid mujahidah spt yg ada di dalam hall Permai Hotel semalam! :) - Permai Inn with presiden n JK Ik-141011




-si perindu khalifah-

Dee Eff

Posted: Saturday, October 8, 2011 by nsmujahidahnmnor in Labels: , ,
1


orang2lama

Posted: Wednesday, September 21, 2011 by nsmujahidahnmnor in
0

org2 sekarang (atau pendek kata, org muda) kelihatan sungguh bersemangat. ke sana ke mari. menyebarkan dakwah mereka. ada yang sy dgr cerita. smpai tiada rumah. rumahnya di dalam kereta, dek kerana asyik kesana kemari. ada yang hidupnya diberikan seluruhnya pada dakwah ini. (full timer daei), ada yang hari-harinya menjadi pemikir dakwah. ada yang sanggup menginfakkan segala hartanya demi kelancaran dakwah. dan berbagai lagi kisah dakwah 'gilagila' yang sy dgr.


dahulu, ketika saya di bumi lain..(bukan bumi malaysia), saya sememangnya sentiasa menginginkan sesuatu yg ideal. sesuatu yg best..bersistem. semua yang dirancang , dilakukan serta merta. semua yang nak, akan jadi. pendek cite, hampir perfect lah! nak keluar rumah, senang! nak ziarah, senang! nak ke sana kemari, tak balik seminggu, senang! takde rasa bersalah pun (nak2 lg dok rumah islam (RI)).. wah. betapa idealnya dakwah dan tarbiyyah di sana.. betapa mudahnya DnT itu..


tp, sy sedar, kini sy di medan amal sebenar DnT..ya, dgn mad'u yg sangat ramai. fokus yg masih mencapah. melihat mereka2 yg telah awal 'bekerja', tak menang tangan, sentiasa tidak cukup masa. bukan hanya kerana DnT ini, tetapi kerana ingin menjaga rabtul am dgn jiran tetangga, saudara mara. mashaAllah...hebatnya mereka. dalam satu jasad itu, mampu menghasilkan pelbagai peribadi..

hebatnya dia sebagai daei..
mantapnya dia di mata masyarakat..

ah..orang2 lama memang mengubah pandangan saya ketika saya di sana..

oh.jgn ada org baru yang mengatakan entum lebih hebat dalam tarbiyyah.pentakwinan..

jgn ada org baru yang merasakan entum lebih hebat dari org2 terdahulu..


andai tanpa usaha mereka..tanpa penat lelah mereka, mungkin kita tidak berpeluang untuk mendapat tarbiyyah ini.. mereka hidup di zaman permulaan tarbiyyah.. lagi susah bagi saya.. dgn kemudahan2 pon masih belum ada.. mashaAllah..subhanallah..kadang saya fikir. manusia apakah ini?


mendengar kisah2 mereka terdahulu. hampir menitissss airmata sy.ikut hati mahu sahaja biarkan ia mengalir (tp, control2..hee)..betapa tenang mereka menghadapi hari2 penuh konflik..penuh cabaran.penuh duka..betapa berhemahnya mereka. betapa dakwah mereka benar2 dilakukan dengan mau'izoh hasanah dan hikmah.. sy mula merenung..andai saya ditempat mereka...Alllahhh~


kita juga sering mengharapkan Dakwah ini sentiasa menyuntik semangat kita dan memberi rasa seperti mana di awal2 permulaan dakwah kita..tp..hakikatnyaa...hm..kita sendiri lah yg kena menyemarakkan diri sendiri dalam memberikan yg terbaek pada DnT ini..

teringat jua kata-kata imam alghazali..




  •   Pandanglah budak kecil itu sebagai manusia mulia kerana dia tidak banyak melakukan dosa didalam hidupnya
  •   Pandanglah orang tua itu sebagai manusia mulia kerana dia telah banyak melakukan amal didalam hidupnya
  •   Pandanglah orang yang melakukan dosa itu sebagai mulia kerana mereka melakukan dosa dalam keadaan kufur sedang kita mengetahui tentang dosa itu
  •  Pandanglah orang kafir itu sebagau mulia kerana mereka belum mendapat hidayah untuk beribadat sedang kita dibawah hidayahnya sering melakukan dosa

wallahua3lam..

marilah kita merendahkan diri dan hati..namun begitu, sama2lah kita menerima hakikat2, realiti keadaan..dan seterusnya..melajukan dakwah mengikut realiti itu.. :) jangan terlalu ideal sehingga menyalahi/melanggari realiti dan memberi effect negatif pula pada dakwah dan tarbiyyah..

Posted: Wednesday, September 14, 2011 by nsmujahidahnmnor in Labels: ,
0


di saat ini..yang pasti..terlalu banyak yang dirasai sejak pulang ke malaysia 2 bulan yg lalu..buat itu buat ini.ade juga yg tak jadi.ada yg menyibuk kat tmpt org laen..aktiviti org lain. beraya. dan macam2 la yg dah buat sepanjang 2 bulan yg telah berlalu. hrp DIA meredhainya..

ak melihat mereka sedang berlari..merancang itu dan ini..bermusyawarah bersama..bergerak bersama.. memori2 dan kenangan lalu kembali..tanah itu..rasa itu..pengalaman itu kembali menerjah ruang fikiran.. seakan ingin ku melangkahkan kaki ke sana kembali..demi berjuang bersama mereka..


namun, ku tepuk pipi..ku cubit kaki.. 
ah, ak perlu berada dalam alam realiti.. kini ak d medan amal sebnr.. medan yg perlukan seorang jundi yg proaktif..yg bertindak! bukan menanti arahan semata..bukan menunggu2 sambil menggoyangkan kaki semata..
inilah dia..medan! tempat ak mempraktikkan latihan2 yg telah dibina di sana dahulu..

kini, mereka sedang berlari..
semoga ak juge dipermudahkan tuk pelumbaan ini..

berlumba untuk menyebarkan haq..
berlumba untuk meluruskan kaki menuju Dia..

dan berlumba mngajak org lain sama2 berlumba dgn hadaf yg sama!




‎"sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu,kerana ak juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah..maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"
'Imam Hasan Al-Basri'

baki

Posted: Monday, August 22, 2011 by nsmujahidahnmnor in Labels:
0


yang berbaki, manfaatkan..
yang berbaki, kita pulun habis-habisan..

moga terus2an dalam redhaNya dan rahmatNya..

22 Ramadhan 1432H


mereka da besar dlm tarbiyah

Posted: Wednesday, July 13, 2011 by nsmujahidahnmnor in
0

melihat mereka semakin faham, semakin bergerak, semakin mantap.. buat hati menjadi gembira...tenang...

by that, kena redha dgn apa yang mungkin berlaku  :)

moga Allah mempermudahkan jalanku juga untuk bertemu Dia dalam redha Dia.

finalz..

Posted: Wednesday, March 23, 2011 by nsmujahidahnmnor in Labels:
2


doakan sy..
doakan sy..
tolonglah doakan sy
dan kawan2 sy..

moga kami grad pada masa yang sepatutnya.. 


Posted: by nsmujahidahnmnor in Labels:
0



dan ini untuk adik2 sy, dan ahli rumah sy.. n sumeeee akhawat..:)

http://www.youtube.com/watch?v=Qm-VRKI5bIk&feature=related

Posted: Tuesday, March 22, 2011 by nsmujahidahnmnor in Labels:
2

 “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” hadith riwayat tarmizi, ibn majah
[bila kata-kata terus diuji Dia..]

baru je share hadith ni ngan adik hatifitrah hari tu. kan.. Allah terus menguji kata2 itu.. kan Allah terus test. padan. sedap sgt cakap. tp, kalau tak disampaikan, lg besar azabnya. makanya, menyampaikan itu lebih baik walaupun ujian nya akan datang pada kita.ujian dunia ni hanyalah sebagai tiket untuk ke syurga. org susah2 payah beli tiket nk tgk bola.. sepatutnya lagi bersusah payah nk beli tiket ke syurga.. ^^,

kali ni, hari ini, sy mmg terasa..mmg terasa di uji Allah. sejak pagi tadi, sehinggalah sekarang. sy tatau apa bakal berlaku. tapi, sy mohon dari Allah, cukuplah dulu utk hari ini. cukuplah 2x tangisan ini mengalir di pipi. cukuplah 2x lacrimal gland menjalankan kerjanya. inshaAllah telah cuci mata sy, moga termengalir bersama air mata ini dosa2 mata sy. ameen ya Rabb..

sy rasa cam speechless..
patient RCT x angkat phone. memikirkan sy akan lost lg RCT buat kali ke3 sem ni.. memikirkan sudah tiada masa yg cukup untuk memenuhi requirementsss sy, yg sy lihat, org lain tinggal sikit je.saye, baru nk mulekan yg kes2 besar. dimana Dr. Hanan pon leh terkejut td..aisk. Ya Allah, moga kes bridge sy ni berjalan dgn lancar. walaupon td dah terdapat sedikit gangguan fizikal dan emosi..T_T

nk ke klinik, kena hentam 2JD ngn pacek teksi, dah gadoh, tp, die x lyn, ak plak yg skema, g bg 2jd tu nape tah. maybe sbb puas hati gado ngan die, hanya dpt mengurangkan nus.. kalau tak, die mintak 2.5.. Azmeh(jammed) tang maneeeeeeeee tah.. smooth je.. 5 minit je naik taxi..
ak tatau la..nk doa pacek tu bahagia ngn duit tu ke.. ke nk kata, kite jmp kat akhirat ye pakcik, pakcik dah zalimi sy..
n as usual.. pintu kereta dihempas tanda tidak bersetuju dgn penipuan itu. kalau rosak, ganti la ngan duit lebih pakcik mintak tu.sekian..

dan alhamdullillah..
sepanjang ketensenan kat klinik td..
Allah tetap bekali sy dgn doktor yg baek lg lemah lembut lg concern lg tak mengecewakan.. my bloved Dr. Oula.. =)
Allah hantarkan sorang junior yg kecik chumel (cam sy gk la..hee..n opkoz die lg tggi), tuk sampaikan hal ni kat dr. Oula.. 
[nak gne unit kosong pon kena dapatkan surat referral dr doktor???????selama ni org lain gune xde masalah pon..huu]
Allah hantarkan sahabat2 yg concern, ramai tanye2, x kurang yg bg idea2..
btw, im sorry sbb buat korang risau (arab kompem la x phm.x bca pon blog ni.x pe)..

sume cuakkk dgn air mata. im sorry lah.bukan nk jadikan air mata ni senjata. tp, otai2 sy, hati tetap sensitip. ahaks.. dr kecik , mmg mudah melting.. so, klu nmpk sy nanes tibe2, x ya risau, melayan perasaan je tu.. monolog dalaman hebat sgt.. (biasela..org tak byk bercerita mmg byk bermonolog).. :)

alhamdulillah, balik klinik td ngan pacik taxi yg baek jek..
mlm ni kuar jmp arab lg.. hope that dah xde pape cabaran hati dah lepas ni. 

musim emo skrg ni..tmbah masalah bertimpa2..beginilah jadinya.. jgn contohi sy.. hee

p/s : 
ak malu .. pasti ramai je junior nmpk td..ak pasti.. har2.. tp, biarlah, biar mereka tahu, hidup ini bukanlah indah~ sememangnya benar kata sahabat terdahulu.. mati itu kerehatan~.. apepon, biarlah mati dalam iman, khusnul khatimah~..ameen ya Rabb

p/s 2 : mintak maaf ye, hari ni cerita pasal diri dan emo plak!! plz jgn contohi lg..


apepon.. sabarlah wahai diri.. baru ujian kecit..



my lumix

Posted: Sunday, March 20, 2011 by nsmujahidahnmnor in Labels:
3

Allah..
jangan jadikan aku pencinta dunia..
Allah..
jgn biarkan hatiku sedih dengan perginya dunia
Allah..
jgn biarkan ingatanku pada dunia mengangguiku..




my camera,
yg dulunya punyala lame n susah nak dapatkan kamera sendiri
(ikat perot tuu) har3.. sape suro..xde org suro pon

tapi...
kini..
dah rosak plak..
sangkut kat Lens (zoom) die..
lapangkanlah dada ini ya Allah..


biarkan dia rehat seketika..
sedih kot, badan dah calar2,
tuan tak jaga elok2...

Allah...
lapangkan hatiku..
ini adalah dunia semata...