hararatul iman (kehangatan iman)

Posted: Saturday, October 15, 2011 by nsmujahidahnmnor in
1




nah..baca dulu kisah huzaifah ini.. tajuk ini memang berkisarkan tentang keimanan beliau yang mesti dicontohi. ;)

terbaekkk lah!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Huzaifah pengintip yang pintar


SEMASA Perang Khandak, tentera-tentera Islam terpaksa menghadapi serangan musuh yang ramai. Sementara tentera Islam menghadapi serangan kaum Musyrikin Mekah. Mereka juga terpaksa menghadapi ancaman daripada kaum Yahudi daripada Bani Quraizah di Madinah. 

Tentera-tentera Islam sudah keluar dari bandar Madinah bagi mempertahankan kota itu. Ahli keluarga mereka terpaksa ditinggalkan bersendirian tanpa ketua keluarga.

Ini menyebabkan sebilangan daripada tentera-tentera Islam takut dan bimbang ahli keluarga mereka di apa-apakan oleh Bani Quraizah.

"Wahai Nabi Muhammad, saya rasa tidak sedap hati. Isteri dan anak-anak saya tinggal seorang diri di rumah. Saya takut Bani Quraizah membunuh ahli keluarga saya. Saya mahu pulang ke rumah," kata salah seorang tentera Islam yang menyertai perang Khandak itu.

Nabi Muhammad tidak menghalang dan berkata: "Pergilah kamu pulang ke rumah."

Seorang demi seorang meminta izin daripada Nabi Muhammad pulang ke rumah. Mereka khuatir keluarga mereka diancam oleh Bani Quraizah yang berada di Kota Madinah.

Pada malam itu, tentera yang lemah semangat pulang ke rumah. Keadaan malam gelap gelita. Angin bertiup kencang. Kini hanya tinggal cuma tiga ratus orang tentera Islam di tempat perkubuan mereka.

Pada malam itu, Nabi Muhammad pergi menziarahi setiap khemah tentera Islam bertanyakan khabar masing-masing.

Nabi Muhammad sampai di khemah Huzaifah. Huzaifah pada ketika itu tidak mempunyai pakaian dan senjata dan hanya mempunyai sehelai cadar milik isterinya yang dibawa bersama dalam perang Khandak itu. Cadar itulah yang digunakannya menutupi sebahagian badannya.

Semasa Nabi Muhammad berada di hadapannya, beliau masih berada dalam keadaan berlutut di lantai khemah. Lalu Nabi Muhammad bertanya: "Siapakah kamu?"

Huzaifah menjawab: "Saya ialah Huzaifah. Maafkan saya kerana tidak dapat berdiri melihat Nabi Muhammad kerana badan saya menggigil kesejukan dan saya malu kerana badan saya tidak berpakaian lengkap."

Nabi Muhammad berkata: "Bangun Huzaifah. Kamu perlu pergi ke khemah musuh. Kemudian kamu pulang dan beritahu saya berita mengenai pihak musuh."

Sebelum Huzaifah berangkat ke khemah musuh, Nabi Muhammad sempat berpesan: "Selepas kamu melihat apa yang dilakukan oleh pihak musuh, cepat-cepat kamu pulang ke khemah kita. Jangan kamu buat tindakan sendiri."

"Baiklah," jawab Huzaifah.

Selepas mendapat arahan itu, Huzaifah bangun dan terus menuju ke khemah musuh. Pada ketika itu Huzaifah tidak mempunyai kelengkapan senjata dan tidak berpakaian lengkap.

Semasa Huzaifah mahu pergi ke khemah musuh, Huzaifah terdengar Nabi Muhammad mendoakan keselamatannya. Selepas Nabi Muhammad berdoa, Huzaifah menjadi berani dan kesejukan badannya hilang serta merta.

Huzaifah mempercepatkan langkahnya menuju ke khemah musuh. Sampai sahaja di tempat musuh, beliau melihat tentera musuh sibuk memanaskan badan masing-masing kerana kesejukan malam. Tentera musuh mengelilingi unggun api.

Pada malam itu, angin bertiup kencang. Terdengar tentera musuh menjerit memberitahu "Lari..., lari..." Masing-masing di antara musuh itu berkemas dan mahu pulang.

Angin kencang menyebabkan batu-batu berterbangan dan binatang yang mereka bawa juga mati akibat terkena batu-batu itu. Khemah mereka juga turut musnah.

Pada masa itu juga, Huzaifah ternampak ketua panglima perang pihak musuh, iaitu Abu Sufian. Beliau asyik memanaskan dirinya bersebelahan unggun api.

"Ini peluang saya menghapuskan Abu Sufian," kata Huzaifah sambil tangannya memegang anak panah bagi memanah Abu Sufian.

Sedang Huzaifah menarik anak panah itu, Huzaifah teringat pesanan Nabi Muhammad tadi. Beliau tidak harus bertindak sesuka hati. Tiba-tiba, pihak musuh mengetahui bahawa ada penceroboh masuk ke kawasan khemah mereka. Pihak musuh berjaga-jaga selepas mendapat tahu ada pengintip datang ke tempat mereka.

Mereka diarahkan supaya memegang tangan orang di sebelah mereka bagi mengetahui siapakah sebenarnya pengintip itu. Pada ketika itu Huzaifah mendapat satu idea. Beliau segera memegang tangan musuh itu. Kemudian Huzaifah berkata kepada orang di sebelahnya: "Siapakah kamu?"

Musuh di sebelahnya menjawab: "Kamu tidak kenal kami berduakah? Kami berdua ini satu kumpulan dengan kamu juga." Huzaifah terselamat daripada diketahui oleh musuh bahawa beliau sebenarnya adalah pengintip.

Selepas itu, Huzaifah segera pulang ke khemah tentera Islam. Semasa dalam perjalanan pulang, Huzaifah terserempak dengan 20 orang. Semua memakai serban.

Mereka berkata kepada Huzaifah: "Sampaikan berita kepada Nabi Muhammad bahawa Allah membantu kamu semua mengatasi musuh. Kamu semua tidak perlu risau lagi dengan serangan musuh itu."

Huzaifah segera mendapatkan Nabi Muhammad di khemahnya. Sampai sahaja di khemah, Huzaifah melihat Nabi Muhammad bersembahyang. Ada selempang kecil menutupi sebahagian badannya.

Selesai Nabi Muhammad sembahyang, Huzaifah segera membuat laporan yang dilihatnya dari pihak musuh. Huzaifah juga menceritakan detik-detik cemas apabila pihak musuh mengetahui bahawa ada penceroboh mengintip kegiatan mereka.

Nabi Muhammad tersenyum lebar mendengar cerita Huzaifah. Selepas habis bercerita, Nabi Muhammad menyuruh Huzaifah baring bersebelahannya.

Inilah ketaatan Huzaifah kepada Nabi Muhammad. Segala arahan yang disuruh oleh Nabi Muhammad diikutinya tanpa bantahan. Oleh yang demikian kita juga seharusnya taat kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad. 

------------------------------------------------------------------



lihatlah betapa iman huzaifah mampu menukarkan kesejukan yg menggigil2 kepada kepanasan yang membara. hilang seketika fokusnya pada badan agar dibungkus ditutup litup dek kerana ingin menunaikan arahan dari baginda Rasulullah saw..

dengan tidak berbekalkan apa2 senjata. tidak menyarung beberapa lapis lagi pakaian..dan dengan penuh keberanian bak singa yang sedang kelaparan.. beliau pergi ke khemah lawan..masuk ke dalam syura abu sufian..dihidu! tapi, bijak menyelesaikan masalah ketika itu..

mashaAllah..

lihatlah huzaifah... dek kehangatannnn imannya..segala rasa dilupekan.. dek berimannya dia pada doa baginda, beliau terus optimis dengan Allah dan RasulNya..

bagaimana kita??

mampukah iman kita sehangat itu? menolak keinginan diri, dan menyahut seruan Allah swt.. seruan Rasulullah swt..

sahabatku..ikhwah dan akhawat sekalian...

infiruuuuuuu~.. infiruuu khifafan wa thiqolan! (berangkatlah kamuuu dalam ringan mahupun berat)

Dia yang menilai kita..usaha kita..maka, lakukanlah!!apa shj! demi kasihNya..demi redhaNya..

selamat meneruskan tarbiyyah dan dakwah di hati setiap insan...

hararatul iman menggerak tubuh menuju Dia Yang Maha Satu..
hararatul iman..
hararatul iman...



p/s: td melihat gmbr PM dan timb PM palestine... mashaAllah... andai suatu hari nnt, kita dipimpin oleh mujahid mujahidah begitu..alangkah indahnya dunia ini...ameeen ya Rabb..ameen..


MARI HANGATKAN IMAN!!!




ape yg berlaku masa pakcik tu cite kesah ni??? semorang di dalam dewan sedang kesejukan.ada yg dah mula bersin2 .. ada yang mula selsema.. masing2 cubaa memanaskan diri masing2..
dengan kisah ini, kami semua cuba menghangatkan iman kami..biar sejuk..biar beku.. kami masih mendengar taujihat oleh 3 mujahid2 di hadapan kami! Allahuakbar! moga Islam kan tertegak di bumi ini dengan usaha2 mujahid mujahidah spt yg ada di dalam hall Permai Hotel semalam! :) - Permai Inn with presiden n JK Ik-141011




-si perindu khalifah-

1 comments: