orang2lama

Posted: Wednesday, September 21, 2011 by nsmujahidahnmnor in
0

org2 sekarang (atau pendek kata, org muda) kelihatan sungguh bersemangat. ke sana ke mari. menyebarkan dakwah mereka. ada yang sy dgr cerita. smpai tiada rumah. rumahnya di dalam kereta, dek kerana asyik kesana kemari. ada yang hidupnya diberikan seluruhnya pada dakwah ini. (full timer daei), ada yang hari-harinya menjadi pemikir dakwah. ada yang sanggup menginfakkan segala hartanya demi kelancaran dakwah. dan berbagai lagi kisah dakwah 'gilagila' yang sy dgr.


dahulu, ketika saya di bumi lain..(bukan bumi malaysia), saya sememangnya sentiasa menginginkan sesuatu yg ideal. sesuatu yg best..bersistem. semua yang dirancang , dilakukan serta merta. semua yang nak, akan jadi. pendek cite, hampir perfect lah! nak keluar rumah, senang! nak ziarah, senang! nak ke sana kemari, tak balik seminggu, senang! takde rasa bersalah pun (nak2 lg dok rumah islam (RI)).. wah. betapa idealnya dakwah dan tarbiyyah di sana.. betapa mudahnya DnT itu..


tp, sy sedar, kini sy di medan amal sebenar DnT..ya, dgn mad'u yg sangat ramai. fokus yg masih mencapah. melihat mereka2 yg telah awal 'bekerja', tak menang tangan, sentiasa tidak cukup masa. bukan hanya kerana DnT ini, tetapi kerana ingin menjaga rabtul am dgn jiran tetangga, saudara mara. mashaAllah...hebatnya mereka. dalam satu jasad itu, mampu menghasilkan pelbagai peribadi..

hebatnya dia sebagai daei..
mantapnya dia di mata masyarakat..

ah..orang2 lama memang mengubah pandangan saya ketika saya di sana..

oh.jgn ada org baru yang mengatakan entum lebih hebat dalam tarbiyyah.pentakwinan..

jgn ada org baru yang merasakan entum lebih hebat dari org2 terdahulu..


andai tanpa usaha mereka..tanpa penat lelah mereka, mungkin kita tidak berpeluang untuk mendapat tarbiyyah ini.. mereka hidup di zaman permulaan tarbiyyah.. lagi susah bagi saya.. dgn kemudahan2 pon masih belum ada.. mashaAllah..subhanallah..kadang saya fikir. manusia apakah ini?


mendengar kisah2 mereka terdahulu. hampir menitissss airmata sy.ikut hati mahu sahaja biarkan ia mengalir (tp, control2..hee)..betapa tenang mereka menghadapi hari2 penuh konflik..penuh cabaran.penuh duka..betapa berhemahnya mereka. betapa dakwah mereka benar2 dilakukan dengan mau'izoh hasanah dan hikmah.. sy mula merenung..andai saya ditempat mereka...Alllahhh~


kita juga sering mengharapkan Dakwah ini sentiasa menyuntik semangat kita dan memberi rasa seperti mana di awal2 permulaan dakwah kita..tp..hakikatnyaa...hm..kita sendiri lah yg kena menyemarakkan diri sendiri dalam memberikan yg terbaek pada DnT ini..

teringat jua kata-kata imam alghazali..




  •   Pandanglah budak kecil itu sebagai manusia mulia kerana dia tidak banyak melakukan dosa didalam hidupnya
  •   Pandanglah orang tua itu sebagai manusia mulia kerana dia telah banyak melakukan amal didalam hidupnya
  •   Pandanglah orang yang melakukan dosa itu sebagai mulia kerana mereka melakukan dosa dalam keadaan kufur sedang kita mengetahui tentang dosa itu
  •  Pandanglah orang kafir itu sebagau mulia kerana mereka belum mendapat hidayah untuk beribadat sedang kita dibawah hidayahnya sering melakukan dosa

wallahua3lam..

marilah kita merendahkan diri dan hati..namun begitu, sama2lah kita menerima hakikat2, realiti keadaan..dan seterusnya..melajukan dakwah mengikut realiti itu.. :) jangan terlalu ideal sehingga menyalahi/melanggari realiti dan memberi effect negatif pula pada dakwah dan tarbiyyah..

0 comments: