risalah cinta ilallah~

Posted: Saturday, January 22, 2011 by nsmujahidahnmnor in Labels: ,
0

petikan dari buku DAKWAH dan CINTA kepada Allah, Abbas As-Sisi

Risalah 1

"
ya akhi,
alam ini berhajat kepada hati, perasaan dan sentimen. jadilah kamu sebagai hati bagi alam ini dan hidupkanlah dia dengan perasaan dan sentimen kamu. sesungguhnya manusia yang hidup tanpa hati, perasaan, sentimen walaupun ia mempunyai falsafah, teori atau pengalaman.

tetapi manusia ini tidak akan menjadi manusia sebenarnya jika tidak mempunyai penilaian nafsiah dan rohaniah. sebaliknya ia hanya menjadi manusia robot dan komputer, yang memenuhi tugas dan kepentingan manusia.

sesungguhnya manusia itu, adalah hati, ruh dan perasaan. jika perasaan itu kurang di dalam pemberian pujian, maka itu bukan perasaan mutlak yang bebas tanpa ikatan dan batas, sesungguhnya perasaan itu, adalah denyutan, kesedaran dan kehidupan di mana mesti diikat dengan usul syariah. Orang-orang yang berkata bicara dengan perasaan jahiliyah, tidak akan berdiri di atas tapak yang sama dengan perasaan yang bersih dan suci, yang menjadi rahsia hidup seorang muslim dan itulah rahsia kewujudan rohaninya.

..............................................."

"
wahai muslim yang berjiwa besar.,

penuhilah dunia ini dengan limpah kasih sayangmu. Khususkanlah buat saudara-saudaramu yang muslimin itu dengan kehangatan cintamu yang tinggi dan biarkanlah mereka tahu bahawa anda mencintai mereka. yang demikian itulah al aksir (batu geliga) untuk mengubati seribu satu kesulitan dan kesusahan. Sesungguhnya banyak kesulitan di dalam dunia ini timbul dari perasaan yang telah padan dan berlakunya penyelewengan perasaan itu.

..............................."



"
ya akhi.

Di dalam perasaan yang murni ini aku berseru kepadamu, walhal di depanmu terbentang kehidupan, kebahagiaan dan bantuan. padanya terdapat kekuatan, makannannya, ubat, kesuburan, kesegaran, kawasan yang luas terdiri dari kebun kebun dan ladang-ladang. Cukuplah bagi aku di sini satu kegembiraan yang besar, kebahagiaan yang tidak terperi, kemeriahan yang mendalam dimana dunia seluruhnya tidak dapat membuatnya. 

hatiku sentiasa berkobar untuk meriwayatkan kekuatan yang hampir terbang lantaran gembira.

cita-citaku yang paling ku rindui, itu kelihatan jauh di ufuk sana ialah aku ingin melihatmu sebagai seorang tentera yang benar di dalam barisan tentera dakwah ini.

wahai Tuhanku, Kaulah Maha Mengetahui btapa besarnya cita-citaku terhadap saudara-saudaraku. Berikanlah kami kebahagiaan dengan menjadikan mereka angkatan laki-laki dakwah (rijaluddakwah) dan tentera aqidah yang mendukung amanah dan menyampaikan risalah................"



0 comments: