kepok lekor

Posted: Friday, September 11, 2009 by nsmujahidahnmnor in Labels: , ,
0

mbed>
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



hati kecil kita letaknya dalam diri
dalam jasad yang dipinjam dari Allah
begitu juga hati kecil kita

yang mudah terusik ini..

alangkah indahnya dan sempurnanya ciptaan hati ini andai hati yang sedia islam ini turut disempurnakan dengan nilai2an islam dan keindahan2 islam..

hari ini.. marilah kita sama-sama ikhlaskan hati..niatkan di hati.. biarlah tidur makan kita.. menung kita.. fikiran kita.. hidup kita.. semuanya demi mencari redha Allah yang SATU.. redha yang senang untuk diungkapkan dengan kata-kata dari bibir manusia.. namun, berat sekali untuk dicapai dengan amalan dari anggota-anggota yang sendinya kian hari kian berat untuk beramal dek pengaruh kemalasan diri kita..

Allah SWT berfirman : "Hari ini telah ku sempurnakan bagi kamu agama kamu,dan telah ku cukupkan bagi kamu nikmat ku,dan aku telah redha Islam itu sebagai agama kamu." [TMQ. Al-Maidah(5):3]


untuk adik2 yang telah tiba..dan ..bakal tiba di bumi anbiya' ini..
usahlah bersedih kerana meninggalkan bumi malaysia..

usahlah dikenangkan keindahan malaysia terchenta..

tegapkanlah tubuh anda di sini
teguhkan kaki anda di bumi gersang ini
lembutkan hati anda menyelusuri liku-liku hidup di tanah nabi terdahulu ini
dan

moga langkah kaki itu menjadi titik tolak perubahan hidup anda ke arah yang lebih baik
inilah masanya untuk kita sama-sama mengislamkan diri kita dengan lebih baik dan sempurna..

Allah SWT berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah kamu ke dalam Islam secara KAAFAH(menyeluruh),dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan,kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagu kamu".[TMQ. Al-Baqarah(2):208]

untuk sahabat2 yang sudah di bumi ini,
moga kita tidak hanyut
moga kita terus istiqomah dengan biah mulia di sini
moga hati kita tidak berpaling dari Allah
moga kita dapat mengambil iktibar dari peninggalan2 terdahulu

andai hari ini kita punya hati bergelojak untuk berubah
marilah kita sama-sama hidup dalam tarbiah nafs


andai di hati kita masih punya ego dengan keseronokan dunia.
marilah sama-sama kita renungi dan insafi malam ini
selak lembaran baru hari ini dengan penuh azam
hapuskan kisah hitam yang lalu
agar Allah juga menghapuskan dosa2 kita yang lalu
dan redha dengan catatan amalan kita oleh malaikat dek perubahan kita bermula hari ini



marilah sama2
kita berubah menuju ke arah yang lebih baik

marilah sama2
kita biarkan keseronokan dunia itu berlalu

marilah sama2
kita corakkan kembali kain putih ini dengan corak yang indah
indahnya ternilai dr sisi Allah

Allahumma La Taj3aliddunia akbaru ahammina~

0 comments: