aku generasi mana?

Posted: Wednesday, November 10, 2010 by nsmujahidahnmnor in Labels: , , ,
3


[coretan 9/11/2010 – cuti intikhabat Jordan]

pagi tadi..
menghilangkan ngantukku dgn membaca buku Maalim fittoriq (petunjuk sepanjang jln)
membuka bab ke2 (hee..baru bab 2!!!)
saja je nk share ape penulis tu gtau..

macamane sahabat2 terdahulu sgt hebat? sgt tabah dalam dakwah? biar apa pon ujian.. nah!! sanggup aja diredahi.. biar apa pon suruhan, sanggup aja dipatuhi.. biar terkorban kehendak diri, mereka sanggup! demi Allah.. demi redhaNya.. dan senyuman seikhlas mungkin mampu terukir di bibir mereka yg sentiasa diuji pabila Baginda SAW menyebut ganjaran mereka hanyalah syurga~

terigt ketikamana Nabi saw dan para sahabat berbaiah.. bangun seorang pemuda bertanya Rasulullah..

"wahai pesuruh Allah, apakah yang engkau janjikan untuk kami jika kami penuhi baiah ini?"

"tiada apa wahai sahabatku.melainkan syurga Allah"

" ayuh, aku bersetuju. mari sahabat2 semua. kita menyokong Pesuruh Allah ini..semoga nikmat syurga tersedia buat kita"

masha Allah.. syurgaaaa..syurgaa yang mereka lihat terlalu indah! sedang di mata kita bagaimana?

apa rahsia?? rahsia keimanan mereka? rahsia ketabahan..kesungguhan..kehebatan mereka??

rujukan hidup mereka adalah AlQuran..dan sunnah Rasulullah saw..
anda bagaimana?

eh..kami pon menjadikan Quran dan Sunnah sebagai rujukan kami..

ye betul..aku juga merujuk quran sebagai panduan idup aku..

tapi, ayuh kita tgk para sahabat. Mereka mempelajari Quran dengan Rasulullah bukan kerna ilmu2 di dalamnya.. bukan kerna ingin mengingati kalimah2nya sahaja..

tapi!!!

Mereka belajar Quran itu untuk mengamalkannya dalam kehidupan mereka..

Mereka takkan tambah ayat2 dlm dada mereka sehingga mereka menghafal ayat2 itu dan mereka mengamalkannya.. sememangnya mereka belajar AlQuran itu untuk mengamalkannya.. bukan kerna ilmu semata.. mereka mendalami quran itu kerna ingin menjalankan setiap syariat yg ada dalamnya..mereka jadikan Quran itu sebagai cara hidup.. mereka laksanakan setiap suruhan Allah swt..dan tinggalkan setiap larangan2Nya. Mereka terima apa jua arahan buat mereka. Mereka patuhi setiap darinya. Tanpa beralasan. Tanpa meminta pengurangan, kompromi, diskaun atau sebagainya.

Sptmana hadith yg diriwayatkan oleh saidatina aisyah r.a..
“sesungguhnya akhlak Rasulullah itu Alquran”

Sehingga begitu praktikalnya.. sehingga apa jua tindakan, amalan, kelakuan, perkataan, bicara Rasulullah saw dan para sahabat itu, semuanya bersumberkan AlQuran.. lembutnya bicara, manisnya akhlak, semuanya berasas..semuanya spt apa yg Allah swt ajar.. sabar, redha, syukur, dan mcm2 lagi..

Dan bagaimana mereka blh begitu mencintai Allah dan rasulNya, mencintai kematian, mencintai syahid, mencintai syurga?? Semuanya kerna mereka percaya dgn hati.. tentang segala nikmat syurga dalam nuskhah cinta Allah swt yg kita baca setiap hari.. didalamnya penuh nasihat yg indah..nasihat yang terbaik untuk hambaNya.

Malangnya.. berbezanya bacaan kita dan mereka!! Berbezanya penerimaan kita dan mereka!! Ayuhh, belum terlambat utk kita perbaiki..setiap langkah kita.. moga amalan kita juga mengikuti perintah dan kalam Allah swt.. moga akhlak kita juga menjadi yg terindah di mata Allah swt.. moga kita menjadi hambaNya yg terbaik, terbilang, cemerlang!

Sama2 kita doa, agar Allah sentiasa member kita hidayahNya, dan mengiringi setiap usaha pembaikan diri kita.


Psst : memetik status ym sahabat sy : 
“kerna mereka belajar untuk melaksanakan, bagai prajurit yang menerima arahan”

(merujuk kitab PSJ)


-aku yg masih alpa dgn dunia-


3 comments:

  1. Anonymous says:

    at last..
    terus bg yg power rupanya

    -macho-

  1. cikEff says:

    akhirnya mu updet. omen*sambil menjeling buku fikrah yang bersentuh spjg musim xm* gya~
    pimpin tangan aku, ya?
    maakillah

  1. hehe.. nnt ak updet lg.. ade cerite menarik..
    tapi, belum dpt fokus menaip..hee

    timekaseh kerna menjadi pembaca setia..

    pimpin tgnku jua, dear..
    kita maju sama2..