bulan barakah

Posted: Saturday, August 7, 2010 by nsmujahidahnmnor in Labels: , , , ,
2


Ramadhan yang dirindui~

berdebar pulak menanti Ramadhan kali ni.. yaAllah ballighna Ramadhan.. semoga dipertemukan Ramadhan kali ini dan semoga ini yg terbaik yg mampu dilakukan..

saja2 mahu bicara tentang persediaan Ramadhan.. selain persediaan fizikal seperti yang biasa kita-kita lakukan. seperti mengemas rumah dengan baik, menghias rumah, membersihkan telekung solat, jubah solat dan sebagainya..

kita juga perlu ada persediaan rohani. mulalah sucikan jiwa..hati.. sebelum Ramadhan.. andai kita mahukan Ramadhan ini Ramadhan yang terindah..terbaik yang kita nak present pada Allah nanti.. kita perlu prepare lebih awal. seperti mana kita bersedia untuk menghadapi imtihan2, begitu jugalah kita mesti bersungguh2 menyediakan diri untuk mengisi Ramadhan dengan baik.

bulan ini bulan mulia, penuh keberkatan..bulan yang mampu menundukkan nafsu2 kita.. tapi, kalau sebelum Ramadhan pun kita tidak menjaga..tidak berusaha melawan nafsu.. apakah ketika Ramadhan kita mampu melawannya dengan baik? (ini bukan faktor syaitan.tp, diri sendiri yang lemah melawan.. syaitan tidak mampu berbuat apa2 pada manusia2 yang hatinya sentiasa mengingati Allah..)

bulan Ramadhan, bulan untuk melatih kita menjadi manusia yang lebih baik.. setiap tahun kita cuba berubah di bulan ini. tapi, sebaik bulan ini meninggalkan kita, kita kembali pada asal?? nauzubillah. semoga Ramadhan kali ini mampu menjadi titik tolak perubahan diri kita. dan semoga bulan ini mampu menjadi bulan preparation kita juga untuk menghadapi 11 bulan akan datang.

seharusnya kita bersedias sepanjang 11 bulan untuk menghadapi Ramadhan.. dan bulan barakah Ramadhan ini menjadi bulan latihan dan persediaan untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang..(berkadar terusss)

maksudnya, setiap bulan sememangnya bulan tarbiyah untuk kita.. tetapi telah Allah rezekikan kita satu bulan yang paling bermakna untuk kita jadikan turning point untuk berubah ke arah kebaikan..untuk menjadikan kita lebih baik dari bulan2 lain. dan Allah sediakan kita satu malam yang paling indah, berkah, tenang, bermakna.. untuk kita sama2 cari.. pencariannya juga bukan sehari sebelum malam itu tiba.. tapi, sepanjang bulan2 lain dan sepanjang bulan Ramadhan..

usah bermimpi untuk bertemu malam itu.. kalau malam2 lain kita lalai.. malam2 lain kita leka dengan dunia.. anda setuju dengan sy??
hm..contohnya, andai kita tidak berlatih bersungguh2 dalam apa jua pertandingan (permainan), manakan boleh kita menghasilkan gol / mata yang begitu banyak dan hebat. benar nggak?

makanya,
untuk menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik
untuk mencari malam yang penuh barakah itu..
masih belum terlewat untuk kita mula melatih diri sekarang.. 
(sekarang? bila? NOW!!! saat ini juga)

semoga Allah memberkati usaha kita mencapai keberkatan ramadhan dan mlm qadr..
semoga Allah menemunkan kita dengan ramadhan yang paling bermakna dan malam yang paling indah..

moga2 ramadhan kali ini mampu mengubah kita menjadi hamba yang lebih taat, soleh/ah dan seterusnya menjadi mukmin yg bertaqwa hari ini, esok , bulan ini dan selamanya... 
ameen ya Rabb




- mari mencari malam yang paling baik -



2 comments:

  1. Unknown says:

    Salam nik..

    syukran sharing this...:)

    selamat sambut ramadhan dr kami sefamily...

    Moga ianya mnjadi ramadhan yg terbaik dr sebelumnya utk kita semua...

    take care ye..

    :)

  1. salam kak ayuuu..

    long time no see.. :)
    lame jgk tak dgr kaba..

    same2 kak.

    selamat sambut ramadhan juga dr NIk utk akak n family..termasuk yg dlm perut tuu.. ;)