cube pakai kasut orang lain

Posted: Saturday, May 8, 2010 by nsmujahidahnmnor in Labels:
4

teringat plak minggu lepas.. rabu lepas merupakan hari bersejarah buat saya. sejarah apa ya?? hehe.. sejarah 1st time saya tampal gigi. ahah.. rasa macam bad oral hygiene plak. bukan saya malas jaga gigi, tapi ni kesan2 tak reti nak menjaga gigi dulu2 kot. hehe (taknak ngaku tuh)..

my first dentist is siti nur fatihah (my partner). hehe..

time ni 1st time saya rasa macamana saya kena bertahan mulut terbuka.. tahan sensitivity yang saya rasa ketika sahabat saya mula drill gigi saya. ahhh.. perasaan yang sungguh tidak indah buat saya.. tapi, saya bertahan. di sebabkan saya selalu suruh patient saya bertahan walaupun dia beritahu saya dia sedang sakit.. isk3.. juga saya bertahan dari kekeringan mulut..dek kerana suction yang berada dalam mulut saya sepanjang masa. sehinggakan berdarah gusi saya terkena suction yang saya terpaksa pegang sendiri (yelah..mmg saya dental assistant..dah takde assistant lain..hehe)..

sampai sekarang, kalau saya terbayangkan saat tu, pasti ada rasa ngiluuu kat gigi tu. adekah ini trauma? hehe

saya terfikir..
oh begini rupanya yang pesakit2 saya rasa.. (ni pn nasib baik saya tak kena ID block anesth )
malah, mungkin mereka rasa lebih teruk dari yang saya rasa.

begitulah..
kalau kita dah terkena 
baru kita tahu bagaimana perasaan orang yang kita 'kena'kan tuh..

perkara ni sama je..dalam urusan2 lain..betul tak??

kalau kita taknak orang buat kat kita macam2.. kita terlebih dahulu jangan buat orang tu macam tu.. bukan apa, kalau pun orang tu tak mampu nak balas kita.. tapi, mungkin Allah boleh hantar orang lain.. cara lain untuk membalasi tindakan tidak baik kita tu. ye dop?

dan kalau kita mengharapkan yang terbaik dari kawan-kawan kita.. kita lah yang terlebih dahulu mesti membuat sesuatu yang terbaik buat mereka. betul idak?

tapi, bagaimana kalau orang buat kat kita benda2 tak baik jugak..sedang kita dah buat baik pon kat dia.. serahkan saja dia pada Allah.. biarlah Allah sahaja yang membalasi

seperti dalam hadith yang pernah saya baca (tp saya lupa sanad dan matannya betul2).. maksudnya lebih kurang begini.. syurgalah bagi orang yang bersabar ketika dia mampu untuk membalasi tindakan orang tersebut. [walaupun kita mampu nak balas dendam..tp kita tak buat pon..kita sabar.. kita yakin dengan Allah, kita serah je kat Allah, maka, besar ganjarannya kelak.. syurga inshaAllah..]..bersabarlah..

juga seperti yang termaktub di dalam surah Al-Muzammil..dimana Allah telah menyedapkan hati Rasulullah saw dan mukminin.. Allah menyuruh kita tetap melakukan kerja kita, dan biarkan sahaja Allah yang membalasi mereka2 yang tidak mahukan islam dan menyekat pergerakan dakwah Rasulullah dan sahabat..

serahkan sahaja pada Allah supaya Allah membalasi mereka dengan balasan yang setimpal..

oleh yang demikian,
cubalah menyelami perasaan orang lain dikala kita mahu lakukan sesuatu.. fikir2kanlah orang2 lain, sahabat2 kita, dan sesiapa sahaja dikeliling kita. jangan dek pentingkan diri, kita terlalu mahu menjaga hati sendiri dan mengabaikan orang lain.

cuba pakai kasut orang lain. supaya kita tahu betapa peritnya dia memakai kasut itu sedang kita seronok dengan kasut kita yang selesa..



wallahua3lam..

:)

cintai sahabat kita sebagaimana kita menyintai diri sendiri~

4 comments:

  1. Pendaki says:

    kasut tak sama saiz :D

  1. eheh..alamak.. lupe plak..

    nak kena tukar analogi nih.. :P

  1. cikEff says:

    yep.
    sama juga bila dalam tanzim.
    setiap perancangan seeloknya syura bermula dari bawah ke atas.
    kerana kadang2 dari atas ke bawah, perancangannya terlalu atas sehingga tak mampu dibumikan.
    oh. maaf aku mengomen dalal bentuk soal kerje tanzimi ini..
    haha. kerana itu sbhgian duniaku.
    twiit~
    btw, bila pengalaman buat kita lebih berhatiperut-hati. :)

  1. takpe..mmg bagusss komenanmu..

    ak ni mmg,
    bkn kehidupan sbnr ak yg ak salu coretkn..

    *bercita2 menulis dgn clear soal2 dakwah yg dipertegakkn..*

    pngalaman byk mengajarr~