Semua Suaminya Mati Syahid

Posted: Tuesday, August 11, 2009 by nsmujahidahnmnor in
0


Kiriman : Ichichuji Ritsu

`Atikah bt Zaid adalah seorang wanita yang jelita, bijak, serta pandai bersyair. Beliau adalah isteri kepada Abdullah b Abu Bakar. Kecantikan dan kebolehannya bersyi-ir telah melalaikan suaminya untuk keluar berniaga dan juga beribadah.

Pada suatu hari Jumaat, Abu Bakar telah melintasi rumah mereka dan mendapati Abdullah masih bersama isterinya di bilik. Semasa pulang pun Abu Bakar mendapati mereka masih bergurau senda di bilik, lalu Abu Bakar menegur anaknya, "Wahai Abdullah! Apakah kamu mahu menjamakkan kesemua solatmu?"

"Apakah Solat Jumaat telah selesai?", tanya Abdullah.

Jawab Abu Bakar, "Apa kena dengan kamu? Perniagaan telah kamu lumpuhkan dan sekarang kamu tinggalkan pula agamamu. Kau ceraikan sahaja perempuan ini."

Abdullah pun menceraikan isterinya, `Atikah.

Selang beberapa waktu, Abdullah pun merintih kerana terlalu merindui bekas isterinya. Kerana perasaan simpati, Abu Bakar mengizinkan anaknya merujuk kembali. Abdullah telah menghadiahkan `Atikah sebidang kebun dengan syarat `Atikah tidak boleh berkahwin lagi selepasnya. Namun setelah Abdullah meninggal, datanglah Umar b. Al Khattab meminangnya.

Hal ini amat membingungkan `Atikah lalu ditolaknya lamaran itu selagi belum ada fatwa yang jelas mengenainya. Berkata Ali b. Abi Talib, "Kembalikan kebun itu kepada keluarganya dan kau boleh berkahwin lagi." Berdasarkan fatwa Ali maka `Atikah pun berkahwin dengan Umar. Setelah Umar meninggal, `Atikah berkahwin pula dengan Zubair b. Awwam. Selepas Zubair, datang pula Ali.

Kali ini `Atikah menolaknya seraya berkata, "Semua suamiku sebelum ini mati terbunuh, aku khuatir ia juga akan berlaku ke atas dirimu."

Lalu Ali pun berseru, "Sesiapa yang ingin mati syahid maka berkahwinlah dengan `Atikah."

0 comments: