biler org bertanye

Posted: Tuesday, May 26, 2009 by nsmujahidahnmnor in
4

hehe..bile org bertanyee

'nak amik ape ikhtiari ni?'
'tau tak, sultan kelantan tgh sakit ? '
'eh, x pegi ke prog tu?'
'eh, ape yek isu semasa skrg??'
'ko ape cite ek?

haha..terus terdiam je aku..
lepas disoal siasat begitu..
lambang telah lame aku tidak punya internet di rumah
hmm..more than 2 months kami bertahan..
dahsyat jgk ye..hehe
ekceli smpai saat ni pon blum ade tenet kt umah aku
ni tumpang tenet n laptop ketua helwi tersyg.hehe..

maka, terasenye diri ini bagai katak bwh tempurung.
tp , xkesa lah..ade je sahabat2 yg rajen bercerita..thanksss
hehe

------------------------------------------------------------------

sekadar nak berkongsi cerita yg ade dlm raheeq makhtum..mari kite lihat penyiksaan2 kafir quraisy kpd muslimin mukminin dahulu..

Uthman bin Affan
-bapa saudara die pernah membungkus die dalam tikar daun kurma. pastu, layurkan dengan asap dari bawah. time Ibnu Mus'ab bin Umair tau die masuk Islam, die tahan dan halaunya luar dari rumah padahal sebelum ini die adalah di antara orang yang mewah, lepas die menganut Islam, die diseksa sampai kulit jadi kerutu dan bersisik.

Abu Fakihah, nama sebenarnya Aflah seorang hamba Bani Abdu al-Dar,
-disiksa oleh tuannya dengan memberkas kakinya dengan seutas tali kemudian menyeretnya ke atas tanah.

Manakala Khabab bin al-Arat hamba Ummu Anmar binti Siba' al-Khuza'iyah,
- pihak musyrikin menyiksanya dengan berbagai cara penyiksaan :
*merentap rambut sekuat-kuatnya,
*memulas-mulas tengkoknya sehabis-habisnya,
*membaringkannya di atas batu-batu panas
*menghempas dengan batu-batu lain ke atasnya, hingga tidak terdaya untuk beliau bangun.

Nasib Zinnirah Ummu 'Ais al-Nahdiyah dan anaknya adalah hamba-hamba yang memeluk Islam, tidak kurang dari nasib orang lain. Kaum musyrikun menyiksa mereka dengan berbagai-bagai cara sepertimana yang diperbuat ke atas orang-orang lain.

Seorang lagi ialah hamba perempuan Bani Mu'ammil dari Qabilah Bani 'Adi. Umar bin al-Khattab semasa kufurya bertanggungjawab menyebatnya sampai jemu beliau memukulnya, dan berkata aku tak akan tinggalnya kecuali setelah berasa jemu. Kesemua hamba-hamba ini telah dibeli dan dibebaskan mereka oleh Abu Bakr sebagaimana beliau memerdekakan Bilal dan Amir bin Fahirah.

Sesetengah sahabat yang lain yang baru memeluk Islam di siksa oleh musyrikin dengan membalutkan mereka ke dalam belulang lembu dan unta untuk dijemur dipanas matahari terik, yang lain disarungkan ke dalam baju besi dijemur di atas batu-batu yang membakar di padang pasir.

Senarai mereka yang disiksa kerana mentauhidkan Allah panjang dan menyayat hati, tak seorang pun bila diketahui kelslamannya akan terlepas dari siksaan musyrikin.

ade lg..kisah bilal n kisah amar yasir aku tak crite kt sini..

bayangkan la weh..baju besi tu, klu dah panas..kena plk kt kulit..satunye pedih..satu lg, klu diorg bukak baju besi tuh..perghh..melekattt kulit kt badan..perit nye mak aih..nk mengalirr air mata bace penyiksaan diorg..kite ni, xde pon diuji camtu kan??stakat nk kuar dakwah skit..nk luang masa skit..tu pon susah bagai..isk3..insop3..

pengajaran :
1) org musyrik n org kafir mmg x kan dok senang tgk org islam semakin bertambah, kualiti mahupon kuantiti.
2) diorg tu kena seksa camtu pon, Rasul suruh byk bersabar je..kite??
3) nk dpt syurga, kna perit gitu la ..bukan senang beb~
4) ya Allah, moga aku, umi abah n kalian sume ditempatkan dlm syurga bersama..mari kite lalui pahit maung tu bersama2..jgn jd golongan tidak be'kerja'..jgn jd golongan yg bersenang lenang di bumi yg sementara..aku tak harap keseronokan dunia jadi hiburan hati aku..tapi, aku harap, aku gembira berjuang bersama kalian...

doaku, agar Allah jauhkan hati aku dan kau dan semue skali dr dunia2 ini..dan dekatkan hati kite dengan akhirat..amee~n

salam sayang pejuang islam..:)
semoga thabat sethabat sahabat baginda yg tercinta..

p/s : kasar ke entry kali ni?haha..ber aku kau la plak..:)

4 comments:

  1. yup.
    huhu.
    "islah diri dan islah orang lain"
    :)

  1. WF:ciktim says:

    dik ah~
    sangat rindukan kamu~
    andai iman terasa pdku, aku jadi sedih..
    kini aku terasa dgn kamu, tp jgn sedih.
    senyumla~
    ada kekuatan yg kamu kirim dari jauh.
    kalu mu ada facebook, mu akan tau kenapa aku merindu kamu dengan teruk gini :)
    hidup2 baik sahabat.
    maakillah~

  1. dikah says:

    muahaha..moh.aku ade facebook.mu search la aku..name aku SAYE DOKTOR GIGI
    atau emel : sekuksedak@yahoo.com

    aku rindu mu jgk
    huu
    n aku x dpt balik thn ni ..mohon maaap..