mengambil iktibar~

Posted: Tuesday, December 16, 2008 by nsmujahidahnmnor in
3










Wanita ibarat pohon semalu...

1) Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya ).

2) Semalu mempunyai duri yg tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

3) Semalu juga mempunyai akar tunjang yg sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yg sangat kuat dgn Allah Rabbul Alamin.

4) Akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

3 comments:

  1. syphoon says:

    (Ada orang tanya saya hari tu...)

    Andai wanita bagaikan semalu,

    Lelaki pula ibarat pohon rendang,
    Memayungi semalu kecil dari panas terik,
    Menguat akar semalu berpaut,
    Menggugurkan daun memberi sumber kepada semalu...

    Rendangnya lelaki dengan tawaduk & kerendahan diri pada-Nya,
    Memayungi semalu sebagai suami,
    Kuatnya pada dasar Iman & Islam di hati, agar semalu semakin kuat mencengkam bumi,
    Memberi bukan sekadar pada material, bahkan pada apa yang baik di sisi-Nya...

  1. biscuck says:

    oh..

    hm..tul jgk tu..
    lelaki kene jd pelindung wanita..
    sbb lelaki mmg Allah jadikan lebih kuat dr wanita..

    so, lindungi lah ibu..kakak2..adik2..sedara perempuan..n isteri ( bg yg da brpunye)..

  1. biscuck says:

    knape org tu tanye? die nk wat cam pair tu eh?

    "klu aku bunga, kaulah kumbangnye..
    klu aku laut, kaulah pantainye..
    bla..bla..haish..ape2 aje la pepatah mlayu ni.."